Tuesday, 13 August 2019

Kerana Jodoh Rahsia Allah

Ku coba mengerti siapa diriku
Di dalam hidupmu
Apa maunya lagi
Jika kau tak mampu
Mengingin cintaku

Biar berat ku menghadapi

Tidakkan ku ulangi meminta hatimu
Tak pernah ku sesali
Hadirmu di hatiku
Walau hariku aku jalani tanpa dirimu

Kita Hanya Mampu Merancang, Allah Yang Menentukan

"Kita sering merancang suatu hari nanti kita akan hidup bahagia dengan si dia, insan tersayang, kadangkala ada pasangan tu bercinta bertahun tahun, dan terus berharap impian untuk mendirikan masjid dengan si dia yang kita sangkakan tulang rusuk kita. Tapi berapa ramai yang dapat memenuhi impian itu? Kita ini manusia, dan sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tapi sebaik baik perancangan adalah daripada Allah juga

Jodoh itu Allah tentukan, dan kita tidak mampu untuk mengetahui dan meramalkan apa yang akan berlaku di masa hadapan. Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Kadang-kadang kita menyangka, kita dengan si dia dekat dan amat rapat dalam hubungan. Dan selalu kita sangka dia lah segalanya dan yakin dialah jodoh kita sehingga kita lupa pada suratan dan takdir yang telah Dia tentukan. Itulah rahsia yang kita tidak akan tahu dalam kehidupan kita.

Dan siapa sangka orang yang kita benci menjadi jodoh kita, dan siapa sangka orang yang kita tak pernah kenal itu jodoh kita, dan siapa sangka orang yang kita anggap sebagai teman biasa itu jodoh kita, dan siapa sangka orang yang tidak cantik itu jodoh kita. Wah, indahkan hidup ini. Setiap yang hidup di dunia ini, Allah dah tentukan dan tunjukkan, cuma kita je yang perlu membuat pilihan yang tepat. Belajarlah untuk mensyukuri apa yang ada, apa yang menjadi milik kita, sebab wanita dan lelaki tu semua, tapi kita boleh mencorakkan mereka.

Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah.

Jodoh, ajal, rezeki, itu semua rahsia Dia. Sehebat manapun kita dalam mencorak kehidupan kita, takkan mampu kita selaraskan dengan perancangan Dia.

“Tidakkah engkau tahu bahawa Allah mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Sungguh, yang demikian itu sudah terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu sangat mudah bagi Allah”. (QS. Al-Hajj 22. Ayat 70)



Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
Sedangkan kita juga belum tahu, antara kafan dan gaun pengantin, mana yang kita akan sarung dahulu; antara jodoh dan maut, yang mana akan melamar dahulu.

No comments: