Sunday, 26 August 2012

Muara Hati

Hai semua :) Malam ni drama Adam dan Hawa bermula secara rasminya bermula jam 10 malam ni dekat  Astro Mustika HD. Kepada yang tak tahu lagi, drama tu diadaptasi daripada novel pertama yang aku baca.


Adam Mukhriz tu handsomee ghilooo kot mixed english. Plus, he is a pilot . Muahaha. Sesiapa yang belum baca novel ni, better lah pergi baca jerk sebab drama dia 80 episod kot. berkurun mahu habis =='.

OST dia pun masyuk jugak lagu Muara Hati tu lah Hafiz dengan Siti Nurhaliza yang nyanyi. Soghie lah brader. Gua layan jugak lagu lagu slow and sentimental ni. Yang penting lirik dia membawa makna. Cehh.




Tadi tengah google-ing tetiba TER-jumpa 5 madah cinta. Mesti korang pikir berkaratz jugak minah ni kan? Wakaka. Why? Kennot meh? Suka hati lah nak jiwangs ke tak nak. HAHAHA
  1. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
  2. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  3. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang yang kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  4. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
  5. Cinta ibarat pasu antik yang sukar di temui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai.



A picture tells a thousand words.