Saturday, 18 May 2019

Resepi Rendang Ayam Cili Padi #cikjambumasakmasak


Rendang Ayam Cili Padi

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 15 batang cili padi hijau
  • 10 batang cili padi merah
  • 1 kotak santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • ½ sudu jintan putih, ½ jintan manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis

  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 2 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
    • 2 batang serai (ketuk)

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 8 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 3 ketul kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas 
    • 15 batang cili padi hijau
    • 10 batang cili padi merah
    • ½ sudu jintan putih, ½ jintan manis


Cara Penyediaan:
  1. Cara-cara untuk rendang:
    1. Bersihkan ayam dan toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis dan bahan kisar halus. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
    4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
#cikjambumasakmasak

No comments: