Entry kali ni nak cakap pasal kegagalan dan putus asa. Ceh. Bukan apa ada sorang kawan aku ni cari aku TADI soh bagi kata kata semangat kat diaa. He iz sad. Siap kasi smiley kat ai :( Atoto. Tapi aku tak kisah sebab dari zaman sekolah dulu aku suka bagi kaunseling dekat kawan kawan aku. Huihui. Dorang akan cari gua punya lah termasuklah pasal cinta pun ada. APTB ==' So,
Kegagalan seakan satu perkara yang
telah sebati dengan kehidupan setiap insan.
Namun, tiap kali kegagalan itu
berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.
Pasti akan disusuli dengan
kekecewaan
Sedangkan ini adalah perkara lazim
dalam kehidupan.
Setiap kali kegagalan itu
bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.
Ada saja persoalan yang ditimbulkan
mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.
Kegagalan itu membawa kepada rasa
putus asa dalam diri.
Namun, ingin saya bertanya, adakah
berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan
kegagalan?
Sedangkan, kegagalan bukanlah
penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
Seperti yang selalu kita dengar,
ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.
Dan kegagalan itu yang membuatkan
seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa
putus asa?
Setelah berbagai-bagai rintangan
dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba
melintas di fikiran.
Bukankah itu membuatkan anda berada
dalam kerugian.
Setelah masa dan kudrat habis pada
sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang
diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?
Lawan Perasaan Putus Asa
Paling penting adalah untuk
menghadapi rasa putus yang datang.
Bukan takut kepada kegagalan kerana
tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.
Bukan kegagalan punca kepada timbul
rasa putus asa.
Kesilapan sering terjadi di situ.
Putus asa juga bukan satu sikap
yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.
Kerana, dalam dunia sebagai seorang
pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.
Hanya terletak kepada mereka yang
mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka
tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan
waktu.
Jika terasa malas sewaktu belajar,
itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.
Kita perlu ingat, jangan jadikan
putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan
kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat
kita.
Putus asa seakan musuh yang tidak
kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.
Seharusnya kita mengetahui erti
putus asa.
Putus asa ialah musuh utama yang
akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.
Malas timbul kerana rasa putus asa.
Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.
Semuanya bermula daripada putus
asa.
Jangan biarkan rasa putus asa
menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.
Ketahui sikap itu dan pasti kejayaan milik kita.
Credit to Artikel iluvislam.com
![]() |


