Hai semua.
Hari ni dah raya ketujuh baru nak update
belog. Busy sangat ke kak ? Oh, busy beraya lah woi. Tadi ada open house pula
sampai tak sempat nak tengok Mohabbatein. K.
2 0 1 2 .
Raya tahun 2012 boleh tahan gempak dan antara paling meriah lah sepanjang 19
tahun aku beraya. Baju raya ? Baju raya tahun ni cukup 30 pasang kot. Betul ke ?
Betul lah. Takkan aku nak menipu pula bulan Syawal ni. Tapi aku baru pakai 5
pasang je kot. HAHA. Yang lain tu aku angkut bawak pergi u minggu depan lah
jawabnya. Kasut , handbag, tudung macam mana pula ? Kasut ada 7 pasang, handbag
satu je untuk first Syawal and tudung aku beli plain bawal pula tahun ni. Aku banyak
shopping tahun ni sebab aku dok umah 24/7 . Aku tak kerja. Tapi tahun ni pula
aku tak buat biskut raya. Cukup lah untuk persiapan raya kan ?
*First
raya*
Hari raya
Aidilfiri jatuh pada 19 Ogos 2012 yakni hari Ahad. Pagi raya lepas sembahyang raya tu baru bertolak Sejam setengah kemudian baru sampai. Dekat je kan ?Tahun ni balik Perak balik ke Teluk Intan. Mak aku asal dari sana kan so pergi lah jalan jalan melawat sedara
mara kat sana. Ada tu aku tak pernah jumpa pulak dan mereka pun terkejut nampak aku. Aigoo.
![]() |
| Meet Haiqal. My nephew. Ramai yang kata muka aku nampak tua. So, *tutup mata* |
*Second
Raya*
Aku balik
Negeri Sembilan kek Seromban tuu haa. Tahu Terminal One Seremban ? Tahu Giant tu ? Kalau tahu, senyap. Kampung aku kat sana lah. Ekeke. Bapak eden dari sano. Mak den dari
Perak. Cer imagine bila dua bahasa berloghat itu bertembung ? Pergh. Kalau
balik kampong, memang aku melopong ah nak faham depa semua cakap apa. Kedua dua
belah keluarga cakap bahasa yang pekat. Saya kan budak kay ell, oh kay ell~~
HAHA. *abaikan*
![]() |
| Warna biruuu. Spec tu besar kan? Orang ingat gua follow the trend. Ciss. Spec tu ada power kot. Aku nak bawak time degree nanti tau. |
*Third
Raya*
Third Raya
aku beraya di Kay ell. Oh yeahhh. Pergi rumah aunty dan uncle aku kat Kota Damansara,
Kat Taman Tun Dr Ismail, dengan kat Petaling Jaya. Raya kat rumah depa sama je
lah Cuma duit raya up sikit dari kat kampong especially kat PJ sebab pakcik aku
tu kan seorang Datuk. Ehem. Bukan atok tua tu eh. KAHKAHKAH. Anaknya dia baru
kahwin sebelum puasa dengan Anak Tan Sri. See ? Mana pandang aku ni. Wawawa. Setakat
budak biasa je. Hot pun tak. Sobs sobs. :'(
Lepas
beraya sakan tuu, aku pun pergi KLCC. Yeah. My favourite spot ! Ajak family aku
shopping kat iSetan tuu. Jalan punya jalan aku dapat lah minyak wangi baruu.
Dolce and Gabbana – Rose The One dengan Marc Jacob Lola!. Suka gila bhai. Oh lupak pulak, malam tu jejalan lah ke Bukit Bintang dengan Times Square. Lepas
tu baru singgah hotel untuk zzzzz.
![]() |
| gambar dengan Haiqal lagi. Dia suka gilaaa.I'm a baby lover. ngeh ngeh. :D |
*Fourth
Raya dan Fifth Raya*
Raya keempat
dan kelima aku berjalan mengikut mak dan ayah aku beraya. Pergi lah beraya dekat
semua rumah kengkawan mak dan ayah aku kat Klang ni ha, kat Shah Alam, kat
Kapar, Meru, Kampung Jawa. Rumah jiran Melayu aku ada 3 bijik jerk. Ciss. Sebab
aku punya rumah kiri , depan , belakang cina. T___T raya cina baru masyukk.
Haiyaa. aptb =='
*Raya
Keenam*
Raya keenam
dok umah. Membuto. Kau nak mati ke nak beraya sakan. Rehat lah woi. So,
sepanjang hari tuu aku dok umah. Online-ing. Aku tak minat tengok TV .
Melainkan cerita yang aku minat jer. Cerita apa yang aku minat ? Vanilla coklat
pun aku tak pernah tengok tau. K. Sadis tak ? HAHA.
*Raya
Ketujuh*
Oh,ada open
house. Open house ? Tak ajak pun ? Cehh, nak bajet bajet sedih pulak engkorang.
Bukan rumah aku, rumah jiran tapi aku pulak yang busy untuk mem-busy-kan diri.
KAHKAHKAH. Tadi ada banyak makanan nasi minyak, rending ayam, rending daging,
kek, kari ayam , koktail, ayam bakar, kambing bakar, sup gearbox. Kau nak aku
listkan lagi ke ? Tak payah lah. Tak terlist. Dia guna catering bukan masak
sendiri tuu pasal lah banyak sangat makanan =,= Tengah tengah gua syok layan
tetamu. Eh? Tetiba. Ye. Tetiba aku TER-nampak ada sorang mamat ni pergh sebijik
macam Ramadhan . Siapa pulak Ramadhan ni ? Cari entry aku pasal Friends Forever
tu. Dia ni kawan baik aku. Aku terkejut lah sejak bila aku panggil dia mai
Klang ni. Naseb baik gua tak Woi dia kalau tak bagi malu sebab bukan dia.
Tersalah orang. Hahaha. Pukul 5 baru majlis tu habis dengan jayanya.
![]() |
| Kat dalam kereta (Y) |
Raya ni tak
banyak gambar. Aku raya memang setiap tahun raya aku tak pernah buat abum Raya
kat fecebook tu. Soghie lah tak berkenan kot. Mostly pun banyak muka aku sendiri.Buat
apa nak tengok muka aku je kan. Bosan jer.So, tak payah. Harap maklum. K lah cukup untuk hari ni. Kbai. Assalamualaikum.





