Dulu time kecik kecik aku pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa pula aku bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?
Bukan begitu. Naluri kanak-kanak aku pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Tapi cerita sekarang pun masih mengekalkan adegan yang sama, sebagai contoh cerita HACKS. Pandai pandailah korang tengok cerita tu. Tapi aku sangat tak bersetuju dengan cara lakonan mereka.
Itu baru cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi aku memang bingung.Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin?
Cinta Monyet.Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah aku jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Tapi masa tingkatan 5 tu aku pernah lah TER-bercinta dengan seorang ni. Cinta ke? Aku tak rasa cinta. Kejap je pun. Aku anggap sebagai mimpi buruk. Eh? Jahat gila kan aku.
Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.Aku bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini. Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima. Sorang dari kawan aku tengah syok bercinta dengan senior di darjah 6.
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja. Kisah cinta disekeliling aku bermacam-macam. Tingkatan satu hingga tiga aku bersekolah di sekolah perempuan. Faham faham je lah keadaan sekolah aku.Kebanyakan budak sekolah aku bercinta seperti tukar baju - sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari. Aduh!Aku menjadi semakin bingung. Benarkah ini semua? Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah aku berusia sembilan belas tahun, aku semakin mengerti.Kisah pasangan berdua-duaan yang aku fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.
Islam dan Cinta.Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan. Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri. Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?Sadis sungguh bukan? Sebenarnya pada pandangan aku bercinta adalah berkasih sayang. Cuma persoalannya di sini mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing ?
Bagi aku, untuk memahami istilah cinta, aku perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya. Aku perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita. Setiap hari aku semakin memahami istilah bercinta ini tetapi bukan aku yang bercinta, aku melihat realiti disekeliling. Yakni dengan mengusha di wall facebook, di timeline Twitter dan juga secara 'live' pasangan pasangan couple ini.
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan. Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok. Jalan yang lurus ? Atau jalan yang bengkang-bengkok.
Jual Mahal ?Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat beranggapan bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal. Biasanya mesti mereka memberi nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih? Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang? Isu yang berat untuk difikirkan bersama. Di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah. Buat Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun) yang telah selamat diijabkabulkan. Korang memang ohsem lah. HAHA.Tahniah dan selamat menempuh alam baru.
Sweet bukan ? InshaAllah. :)



