Tuesday, 31 July 2012

7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan




Hai :) Oh, tadi aku online muka buku. Tetiba dekat newsfeed muncul benda ni iaitu ketahui 7 sikap wanita dengan melihat cara berjalan . Wow? Cara berjalan boleh menentukan sikap seseorang . Hmm. Aku tak tahu lah benar ke tidak. Saja berkongsi. So? Macam mana cara anda berjalan. Err.    
*tak perlu lah catwalk pulak sekarang ni* HAHA. K. Korang baca dulu. Yezzaaa XD


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak dijadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tips ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.Jujurnya, aku adalah no 3. Aku tunduk time berjalan . Macam betul juga description dia tu. Apapun. Wallahualam.

Sunday, 29 July 2012

Couple atau Jual Mahal ?




                                                     
                            
Couple atau jual mahal ? Yang satu pilihan anda? Well, aku tak paksa korang untuk pilih mana mana satu pun sebab pilihan berada dalam tangan masing masing. Aku ? Aku . Err. Bergantung pada keadaan pada ketika itu. Muahaha. XD. Okay. Kita balik kepada topik tadi.

Dulu time kecik kecik aku pernah  memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa pula aku bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu. Naluri kanak-kanak aku pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Tapi cerita sekarang pun masih mengekalkan adegan yang sama, sebagai contoh cerita HACKS. Pandai pandailah korang tengok cerita tu. Tapi aku sangat tak bersetuju dengan cara lakonan mereka. 
Itu baru cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi aku memang bingung.Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? 
Cinta Monyet.Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah aku jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Tapi masa tingkatan 5 tu aku pernah lah TER-bercinta dengan seorang ni. Cinta ke? Aku tak rasa cinta. Kejap je pun. Aku anggap sebagai mimpi buruk. Eh? Jahat gila kan aku.
Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.Aku  bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini. Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima. Sorang dari kawan aku tengah syok bercinta dengan senior di darjah 6. 
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja. Kisah cinta disekeliling aku bermacam-macam. Tingkatan satu hingga tiga aku bersekolah di sekolah perempuan. Faham faham je lah keadaan sekolah aku.Kebanyakan budak sekolah aku bercinta seperti tukar baju - sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari. Aduh!Aku menjadi semakin bingung. Benarkah ini semua? Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah aku berusia sembilan belas tahun, aku semakin mengerti.Kisah pasangan berdua-duaan yang aku fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.
Islam dan Cinta.Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan. Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri. Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?Sadis sungguh bukan? Sebenarnya pada pandangan aku bercinta adalah berkasih sayang. Cuma persoalannya di sini mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing ?
Bagi aku, untuk memahami istilah cinta, aku perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya. Aku perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita. Setiap hari aku semakin memahami istilah bercinta ini tetapi bukan aku yang bercinta, aku melihat realiti disekeliling. Yakni dengan mengusha di wall facebook, di timeline Twitter dan juga secara 'live' pasangan pasangan couple ini.
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan. Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok. Jalan yang lurus ? Atau jalan yang bengkang-bengkok.
Jual Mahal ?Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat beranggapan bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal. Biasanya mesti mereka memberi nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih? Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang? Isu yang berat untuk difikirkan bersama. Di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah. Buat Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun) yang telah selamat diijabkabulkan. Korang memang ohsem lah. HAHA.Tahniah dan selamat menempuh alam baru.

 Sweet bukan ? InshaAllah. :)




Saturday, 28 July 2012

Tiada Kerja


K. Hari ni tak nak cakap banyak. Aku nak post gambar. Disebabkan aku free sangat . HAHA. Peace ^^



Wednesday, 25 July 2012

Kisah Hangat Cik Jambu

Hai :) Oh, mesti korang terkejut kan sejak bila lah aku ada belog ni . Rajin pula aku nak menulis kisah hidup aku. Rajin pula aku nak share dengan orang lain pulak kan ? Macam korang kesah pulak kan? HAHA. Sebenarnya aku dah lama dalam arena berblogging ni cuma belog aku yang ni yang masih kekal sampai hari ni . Dua belog sebelum ni aku dah delete. LIMA bulan aku tak update apa apa. Dah berhabuk kot belog ni siap ada cengkerik lagi. HAHAHA . krik krik~.Dan hari ni baru aku expose kan belog aku kepada tatapan umum. Kalau tak memang belog aku ni, aku tulis, aku sendiri yang baca sebab takde orang tahu pong. Takpa lahh kan. Sekarang korang tengah membacanya juga. Hewhew.


Hari ni 26 Julai 2012 bersamaan dengan 6 Ramadhan. Bulan September masing masing busy menjejakkan kaki menyambung pelajaran korang ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Cehh. Degree sudah lah. nak pepoyos pulaa. Biarlah belog aku kan? muahaha. :DD

Nak tahu tak ?Ssemua orang tertanya tanya aku further degree kat manaa. Kan ? Kan ? Seriously. Time UPU results tu memang tak putus putus ah handphone aku berbunyi bunyi, sms, calls, pastu twitter, orang mention, dm aku, kat facebook, aku on chatbox, orang im, tak masuk whatsapp lagi. KAHKAHKAH. Bajet hot pulak. Aku tak tipu. Kenyataan nya. Tapi aku tak memberikan sebarang maklum balas. Kebetulan pula handphone aku memang kontang kreditnya. Terselamatlah guaa. hikhok.

So, sesiapa yang baca aku punya belog ini sesungguhnya anda bertuah. Ecece. Sebenarnya, aku dapat EMPAT tawaran . Ye. aku ulang empat. *jelas tak penegasan di situ*HAHA. Keempat empat tawaran tersebut dari bidang berbeza. Bak kata orang jauh panggang dari api. Bagai langit dengan bumi. Tersilap pilih merana hidup wooo. Tersalah langkah lain jadi nya pada masa depan. Nak tahu apa ? Medicine, Pharmacy, Dentistry and Chemical Engineering. Tapi aku tak dapat offer law macam foundation dulu dahh. from overseas, ipta, ipts, and usm. (randomly)
Nampak tak ? Kalau korang pilih apa ? Tu pasal lah aku tak bagi tahu kat engkorang semua sebab aku sendiri pong buntu, bingung jadinya. segala interview aku gatal gatal pergi , aku bukan nya tamak saja saja mencuba tapi tak sangka pula rezeki aku pula kan. Setelah aku buat solat istikharah, banyak kali juga kott sebab nak minta petunjuk dari Allah, inshaAllah aku harap aku dah buat keputusan yang terbaik.

Tiga lagi tawaran memang aku dah tolak. REJECT. sebab nak bagi tempat kepada orang lain yang tak dapat tempat kan. Aku tak lah kejam kata nak terima pastu hari pendaftaran tak datang . Kesian depa kat luar tuuu. Aku harap mana mana yang tak dapat tu korang dapat lah tempat aku tu. Btw, sebelum terlupa tahniah kepada semua kawan kawan aku yang berjaya menmpatkan diri di universiti pilihan anda. Mostly followers aku dapat kat UniMas, UMS, UMK, UMT. best tuuu. UNTUNGLAH. HAKHAK
*tak peli mana mana pihak yeee*

Aku nak belajar bersungguh sungguh, bekerja keras berbanding kat matrics untuk degree ni. Aku harap aku dapat jumpa kawan kawan aku kat sekolah menengah, kat mrsm, kat matrics tahun 2017. Yakni umur kita 24 tahun. Agak agak aku jemput korang terus ke majlis perkahwinan aku kot. HAHAHAHA. Entahlah, Jodoh, ajal dan maut di Tangan Allah. Kita hanya mampu merancang :')

Cukup lah pasal degree. Kita continue pasal raya pulekss . Yeayy yeayy.Bulan depan dah raya, aku dah beli 10 pasang baju raya kot. Malam tadi dah beli sepasang. Dah 11. hihi. Gila apa? aku kan kaki shopping macam la u olss tak kenal. wakaka. Kasut dah 5 pasang, tu tak masuk tudung, shawl, tas tangan. Raya kan sebulan. nak cukup kan 30 pasang. InshaAllah. kihkih.

Mesti korang kata beruntung jadi macam aku kan? Alhamdulillah. Aku memang bersyukur kepada Allah dengan apa yang aku miliki sekarang ni. Sebuah keluarga yang bahagia. Dah lama menyingle. Dan happy. Eh? Tetiba pula. LALALA~


Rasanya nya cukup lah aku membebel untuk hari ni. Kalau aku rajin aku update lagi lah ye. Selamat berpuasa dan selamat bertawarikh jugaaa. Byeee~