Wednesday, 24 October 2012

Kisah Hangat Cik Jambu Musim Kedua

Hai semua *lelambai tangan* . ngeh ngeh. macam retis pulak kan. Baca tajuk entry pong dah semacam. Ni adalah kesinambungan dari musim pertama. KAHKAHKAH. Krik krik~~. Sebenarnya aku ada banyak cerita yang nak diceritakan sebenarnya. Tapi . Aku busy. Busy gilaaaa mengalahkan first lady Malaysia. Ooops. *mata ke atas tangan ke bahu* aww aww. mihmihmih. Oleh hal yang demikian, aku akan menulis apa yang aku ingat dan yang terlintas pada masa ini.


Aku rasa dah lama aku tak menjebakkan diri dalam sosial networking ini. Nak hapdate status kat muka buku tu memang mimpi lah kan. Last aku hapdate status tah zaman bila tah. Twitter? Pergh. Siap deactivate puleks. Bajet hot letuww nak deactivate Twitter? Ish ish. Panjang ceritanya. Tapi aku dah activate balik apaaa~~. Nak follow gua? Silakan --> https://twitter.com/hafizahhoshni . Kihkih. Ask FM pun adaaaa. Aku akan jawab soalan u olss sejujur mungkin. http://ask.fm/hafizahhoshni. Hari ni BAJET sikit nak promote semua kan. Biarlahhh . Ada aku kesah ? Lulz.



Scroll newsfeed muka buku, TL twitter. Ramai kawan kawan even juniors aka bebudaks yang muda dari aku ni haa yang upload gambar sana sini , tweet sana sini. " Oh, hari ni ada photoshoot" "Gambar tak sempat nak edit, busy " . Amboi. Kemain. Semua nak jadi model. Untunglah cantik. Untunglah cun. Untunglah photogenic. Untunglah untunglah~~~. #Ayatorangtakpuashati. HAHA. aku tak jelly jello pun.Konon. Btw, sorang junior aku masuk MISS UNIVERSE MALAYSIA 2013. Pergh. asdfghjkl betol. Itu adalah angan angan Mat Jenin aku sejak kecil . Tapi apakan daya . Ukur baju di badan sendiri kan ? *sigh*


Back to reality. Life as a student yang aku lalui sekarang ni teramat lah sibuk. Bak kata lecturer kalau dulu study 4 jam, sekarang kena jadi 8 jam. Kira double lah dari apa yang kau buat dulu. So, kalau dulu kau study 6 jam. Sekarang ni kena study 12 jam. Muahaha . Memang sawan ah aku cenggitu. Sobs sobs. Tapi abang aku yang disayangi pernah cakap kat aku lah , Itu yang kau nak dari dulu kan? So, kerja kau sekarang ni belajar je lah. Jangan pikir benda lain. Yup. Aku memang takut dekat abang aku dari  parents aku. Dia teramatlah strict. Pheww. *peluh  menitik* Malang sungguh jadi patients dia. kehkehkeh.

Oh, u olss nak tahu something tak? Nampaknya aku telah berjaya memecah rekod. Rekod apa pulak Mak Jemah ?  Diumumkan buat pertama kali dalam sejarah hidup aku TERTIDUR dalam KULIAH. First time TAU aku tertidur dalam kelas. Sebelum ni, kat KMS tak pernah aku TERtido . Mana taknya, sedaya upaya aku cuba bertahan . Tapi kali ni aku tido dalam kuliah Anatomy. Sejujurnya, aku tak perasan aku tertido . Mengantuk gila kot. Yang tak siok nya member gua p snap picture gua tido. Pergh. KANTOI di situ. Grr. Menyampess. Kepada bakal bakal junior di luar sana, sila jangan contohi perangai akak. HAHA. Tak bagus tak bagus.

Tadi aku  kemaskini nota, belek belek semua. Terjumpa pulak personality test ni yang aku rasa agak betol lah jugak tentang diri aku. Sebab elemen aku adalah ANGIN. Kalau kau kenal aku dari A to Z kau akak dapati deskripsi berkenaan aku adalah fakta dan bukan auta semata mata. Cheh.

The personality of an individual with the temperament of blood, the season of spring (wet and hot) and the element of air. This person is generally optimistic, cheerful, confident, POPULAR and fun loving. #levelmenyampahnaik. He or she can be daydreamy to the point of not accomplishing anything and can be impulsive, possibly acting on whims is an unpredictable fashion. They usually have a lot of energy, but have a problem finding a way to direct the energy. This also describes the maniac phase of a bipolar disorder.

HAHAHA. Point di situ nak cakap aku FOFULAR ke ? idok le. Kawe saja nak share. Mesti macam euww euuw kan. Takpaa~~ . Nak buat macam mana. Then . kita ke kisah yang seterusnya, alkisah nya semalam ayah gua call. Lama jugak lah otp dengan dia. tengah tengah syok borak . Tetiba pulaks - Dekat u ni takde MINAT sape sape ke? <--- soalan ni bapak gua yang tanya. kui3. a.k.a CRUSH letuww. Mak dan ayah aku memang lah tersangat sempoi dan sporting. Depa tahu anaknya ni macam mana enn. Tetttt. Nak aku jawab jujur ke idok? Hmm Hmm. Takde KOT. MIAHAHAHAHA. Betul lah. Kang ada crush kalau crush tu tak crush kat kita balik hati kita jugak yang crush berkecai. Sobs sobs. Tengah tunggu Adam Mukhriz masuk meminang. Ergh. Sape dia ? *Bananana*  Adam Mukriz pojaan hatikuu~ <-- Sila klik untuk info lebih kanjut. Harap Maklum. Ekeke.

Then, cuci mata sikit u olls dengan  melihat  beberapa gambar telah di upload ini.

Ni umpama jantung aku. Oh, tanpa dia memang tak hidup lah aku. 

Ni kasut gua pergi kuliah hari hari. Kasut ni ohsem sebab kaki aku takkan
 cramp kesejukan dalam lecture hall 


My pink lappy. Ni pong sebahagian dari jiwa dan raga. Takde benda  ni esinment
aku memang tak boleh buat lah

Gabungan Biology + Chemistry. Naseb baik Physics tak join sekali =='

*abaikan kotak tisu di belakang* Ni lecture notes gua. Terbaek kan ? 

Ni note saya sendiri. Cantik kan ? Kalerpul gituww 


Pak Cik Skeleton

Ni gambar sehari sebelum aku blah masuk belajar.
 Time ni kat KLCC


Dan gambar yang mendebarkan , *drum rolling* , *bunga api* . Kat muka buku pong aku tak upload tau. kihkihkih :p



Aku memang makin meng-gemuk. Cer imagine. Setiap hari aku masak sendiri. Lapar je masak. Masak je lapar. Dan nampaknya hajat aku untuk SLIM di U tidak berjaya. *FAILED*. sobs sobs.

Oopss.  apa ni ?Eleh.  nak menunjuk nunjuk ke. Tak lah.
Sebenarnya benda alah ni dah lama gila pun. Tah zaman bila dah. HAHAHA.
Sebab ramai dok tanya kan. So inilah jawapan kepada persoalan anda semua.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi :)
Rasanya itu je lah untuk entry kali ni. Memang rojak lah. Semua benda aku nak kasi tahu u olss kan. Jumpa lagi di lain kali (Y)


P/S : Entry kali ini memang takde tajuk spesifik dan bercorak sarkastik mungkin. Plus, cerita berkisar hidup aku. Kalau nak baca silakan. Kalau tak nak, takpa. Aku patut buat p/s ni di awal entry kan.Kbai

Thursday, 13 September 2012

My Life My Stories

Peeps ! It's been a very long time since i updated this blog of mine. So, as you can see, this post mainly about my university. Yeap ! :) Finally Cik Jambu is back !! *drum rolling* HAHA. K. Just for a short while only. Haiyah. It's a whole new chapter in my life. Kinda proud actually. Felt very blessed too. Thank God for giving me this wonderful chance to study in this wonderful university.

Tonight i do have some time to post this new entry. Muahaha. My schedule is fully pack with lectures, tutorials and practicals. Frankly speaking i do ENJOY my university life eventhough i'm mentally and physically exhausted. Anyway it based on you. Yes. You, yourself. You should have positive thinking and everything will going on smoothly. May Allah bless everything. So, how about yours? Awesome is it ?  Hewhewhew :D

Eh, apasal kau bajet bajet nak speaking London ni? Amboi. Kemain. HAHAHAHA. Tak baik tau. Bukan apa kat sini everyday speaking omputih . Practice makes perfect right ? First of all, kita cerita pasal hostel. Nak tahu tak ? BILIK AKU TINGKAT 5 KOT. DAN AKU KENA DAKI TANGGA SETIAP HARI. Lif takde ke? Sebab bilik aku paling atas sekali. Paling atas okay. aku tak sedih. Happy gila kot. Kalau nak amik water cooler kena turun bawah sekali. Nampak tak permainannya di situ ? doa aku untuk slim pada waktu degree termakbul. Alhamdulillah. bilik 2 orang. jangan jealous okayyy. HIHI.

Masa orientasi dia bahagi kepada beberapa group lah. Group aku ada 8 orang. Sempoi semuanya. Sorang tu sebijik macam Raziana Shahira budak sekolah BK dulu. Sorang lelaki tu sebijik macam Nalep klasmate kat TGB. aku mula mula terlopong tengok dorang berdua. Orientasi standard ah 5 hari. Tapi aku suka gila SEBAB ... SEBAB FASILITATOR AKU COMELL. HAHA. The imported facilitator is so cute and adorable with his slang when he speaks in English. Jealous kali kedua tak? HAHAHA. 

Setiap aktiviti dia best. First day ice breaking semua lebat bersembang sampai lupa tanya pasal nama. Ada hari tu buat aktiviti luar uni. Memang havoc gila. Bukan satu group je yang rapat tapi the whole batch. Yang tak kenal jadi kenal. Yang kenal sikit sikit dah jadi rapat. Oh, sebelum terlupa kat sini aku introduce as Fizah. Takda nickname lagi setakat ni. BAGUS. Aku rindu bebudak panggil nama betul aku. Then, ada juga buat persembahan . Group aku buat lakonan. Pergh. Tajuk pasal cintan cintun. Wuuu. Aku jadi apa ? Heroin ke?  Tak lah. aku dubbing heroine jerk. Ekeke. Segan gila aku nak berlakon atas pentas. Dok belakang tukang alih suara watak perempuan . Watak dia seorang PEREMPUAN GEDIK. Aku terpaksa eluarkan suara tahap maksima girly. Nak bagi orang annoying. Ngeh ngeh . Tapi last sekali waktu kenal kan para pelakon baru dorang tahu itu kau. DAH LAH PAKAI BAJU KUNING DARI ATAS SAMPAI BAWAH. Memang obvious gila. Malu i. Hikhik.

Tiba pula masa senior datang . Fulamak. Budak third year, second year. Memang cuak jugaks. Takut dorang ni buli ke. Redha je lah. Muncullah Presiden dia. Acaner? Handsome tak?  Jujurnya muka tu boleh than lah. Handsome , jambu pun ada. Seorang lelaki Melayu yang market . Jealous kali ketiga kan?  Cehh. Tapi malangnya hari tu aku demam. Pergh. Sedih gila. Jumpa akak penghuluwati. Aku kena asing. Tunggu punya tunggu. PRESIDEN datang. KAHKAHKAH. dia datang - 'How are you ? Okay ? Whats your name?' . Dia tanya aku jawab je lah. Pastu dia kata look into my eyes. Gua tengok ah dia . Dia nak check simptom simptom yang aku ada ler. Mata berair, pening kepala dan muntah muntah. Dipendekkan cerita aku dapat balik. Tapi bebudak sama batch semua tengok apasal aku follow dia ke hulu ke hilir. Saya demam. Naseb baik ada abang presiden seorang yang prihatin. Oops. Hewhewhew

Biasa lah senior-junior. Relationship kena lah baik. Tapi semua tahu tujuan asal kita. KITA HENDAK BELAJAR KERANA ALLAH SWT. Jangan nak pikir benda lain. Nak cintan cintun sana sini. Ish ish ish, Tak baik tau~~ Kalau bawak positive effect takpalah jugak. Boleh dipertimbangkan. Eh? HAHA. Tapi bahaya. Nanti kalau part negative effect payah. Kena extend bagai. Leceh kot. Jangan risau . ADA JODOH TAK KEMANA. Amin. 

Kat sini semua budak pandai pandai. Rasa tergugat jugak lah. Under scholarships masing masing. Kena belajar kuat. Mode of studying kena buat groupng. Study group kan memang effective. Outfit pulak? Kat sini aku meneruskan tradisi matriks. Pakai baju kurung. Jubah pun ada. Kan tak kisah kau nak pakai slacks ke skirts kembang ke what-so-ever. Tapi aku tak pernah ah pakai merepek bagai tu. Baju kurung + tudung bawal labuh melepasi dada + kasut hitam. Pashmina ? Tak pakai dah kat sini. Kang menonjol gila pulak. People do change right ? Sama sama kita berubah ke arah kebaikan.

Banyak lagi nak diceritakan, dikongsikan bersama. Tapi masa amat mencemburui kita. Cehh. Too many things to be shared. Buat sementara ni semua berjalan dengan lanjar. Semua baik baik dan manis manis belaka. Semoga anda semua juga berjaya dalam bidang masing masing di universiti pilihan anda. Banyakkan berdoa kepada Allah semoga dipermudahan segala urusan. Amin amin.

I think that's all for now. Will update more in the future. Stay tuned. :) Assalamualaikum semua.

Saturday, 8 September 2012

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Cakap Pada Lelaki


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair.
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. <-- saya bukan begini. HAHA
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri.
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata.
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sumber : My Berita

Cute Love Stories















Thursday, 30 August 2012

Bon Voyage

Hai semua :) Malam ni malam merdeka. Tapi tahun ni aku tak rasa ambang merdeka tu sangat sebab ramai orang busy preparing untuk degree life tak lama lagi . Plus, dalam bulan Syawal mood raya tu ada lagi kot? Ada yang busy dengan final exam. Pelbagai ragam. Apapun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55. JANJI DITEPATI !

Tadi ada family gathering. Yeayy. Semua family members ada meraikan pemergian aku. Ceh. Sambut hari jadi adik aku sekali terus. Her birthday is on 1 September. Tadi makan lah dekat Sekinchan Ikan Bakar Seksyen 7 tu, melantak Tutti Frutti dengan absolute chocolate Secret Recipe. Kuat gila kau melantak ? HAHAHA. Heaven weyy (Y)

Bagaimana dengan persiapan anda ? 100 % ? 50 %? Ke tak prepare apa apa pun ? Takpa. Watlek, watcool. Ada masa lagi.  Apakah perasaan anda ? Seronok? Sedih? Terharu? Aku ? Aku eksaited terlebih ni. Ekeke. Ohh, sudah tentu gembira tak terkata. Muahaha *evil laugh* Tak sedih tinggalkan rumah ? Macam tak biasa dok asrama ==' Kecewa sikit tu ada lah jugak . Dok kat umah macam tuan puteri kan. Goyang kaki 5 BULAN KOT. Makan, tidur, online, shopping, dating. Eh. Dating ? *abaikan * Bukan apa, happy nak belajar balik. Nak menulis pun aku dah lupa. Huhu.

Rindu nak stay up malam malam . Rindu nak basuh baju petang petang. Rindu nak menyanyi kat bilik air pagi pagi time mandi. Rindu nak usha guys pakai baju melayu time hari Jumaat. Oops. Lalalala~~
Mostly kengkawan aku dapat U jauh jauh dari tempat tinggal UMS, UniMAS, UMK, UMT. Jauh bebenor kan ? Wawawa. Gua tak perli okayzz. Jauh letuww kan ? Tahniah semua dapat juga melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah :3 Aku sentiasa mendoakan kejayaan kawan kawan aku sama ada di dunia atau di akhirat kelak. Inshaallah mungkin kita boleh buat reunion SMKPBK, join iftar TGB, buat prom night bebudak KMS. wkwkwkwk. Kalau tak pun, aku jemput lah engkorang semua ke majlis perkahwinan aku je lah. Weeee  \(^.^)/

Lepas ni, aku mungkin mengurangkan meng-sosial-kan diri dalam muka buku, Twitter TERUTAMANYA, akaun aku baru join hari ni ---> http://ask.fm/hafizahhoshni . Ye lah. Kena fokus 200% kot. Dah tak boleh main main macam kat matrics. Kalau ada salah dan silap , harap dapat dimaafkan. Aku ni kan suka bergurau orangnya. Jangan lah cepat sentap, terasa hati bagai kan. 0-0 okay ? Kepada crush crush tuu, kalau berhajat nak menghantar rombongan meminang tu tunggulah 5 / 6 tahun lagi. HAHAHAHA. K. Gurau je.

To reach the top, you dont have to be a book worm. Just stay cool and give your best.Best of luck. May Allah bless you in whatever you do. <-- my favourite quotes




p/s : Hari ni tak cakap banyak. Penat. Panjang umur kita jumpa lagi . :D


Sunday, 26 August 2012

Muara Hati

Hai semua :) Malam ni drama Adam dan Hawa bermula secara rasminya bermula jam 10 malam ni dekat  Astro Mustika HD. Kepada yang tak tahu lagi, drama tu diadaptasi daripada novel pertama yang aku baca.


Adam Mukhriz tu handsomee ghilooo kot mixed english. Plus, he is a pilot . Muahaha. Sesiapa yang belum baca novel ni, better lah pergi baca jerk sebab drama dia 80 episod kot. berkurun mahu habis =='.

OST dia pun masyuk jugak lagu Muara Hati tu lah Hafiz dengan Siti Nurhaliza yang nyanyi. Soghie lah brader. Gua layan jugak lagu lagu slow and sentimental ni. Yang penting lirik dia membawa makna. Cehh.




Tadi tengah google-ing tetiba TER-jumpa 5 madah cinta. Mesti korang pikir berkaratz jugak minah ni kan? Wakaka. Why? Kennot meh? Suka hati lah nak jiwangs ke tak nak. HAHAHA
  1. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
  2. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  3. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang yang kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  4. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
  5. Cinta ibarat pasu antik yang sukar di temui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai.



A picture tells a thousand words. 


Saturday, 25 August 2012

Salam Lebaran 2012


Hai semua. Hari  ni dah raya ketujuh baru nak update belog. Busy sangat ke kak ? Oh, busy beraya lah woi. Tadi ada open house pula sampai tak sempat nak tengok Mohabbatein. K.

2 0 1 2 . Raya tahun 2012 boleh tahan gempak dan antara paling meriah lah sepanjang 19 tahun aku beraya. Baju raya ? Baju raya tahun ni cukup 30 pasang kot. Betul ke ? Betul lah. Takkan aku nak menipu pula bulan Syawal ni. Tapi aku baru pakai 5 pasang je kot. HAHA. Yang lain tu aku angkut bawak pergi u minggu depan lah jawabnya. Kasut , handbag, tudung macam mana pula ? Kasut ada 7 pasang, handbag satu je untuk first Syawal and tudung aku beli plain bawal pula tahun ni. Aku banyak shopping tahun ni sebab aku dok umah 24/7 . Aku tak kerja. Tapi tahun ni pula aku tak buat biskut raya. Cukup lah untuk persiapan raya kan ?

*First raya*
Hari raya Aidilfiri jatuh pada 19 Ogos 2012 yakni hari Ahad. Pagi raya lepas sembahyang raya tu baru bertolak  Sejam setengah kemudian baru sampai. Dekat je kan ?Tahun ni balik Perak balik ke Teluk Intan. Mak aku asal dari sana kan so pergi lah jalan jalan melawat sedara mara kat sana. Ada tu aku tak pernah jumpa pulak dan mereka pun terkejut nampak aku. Aigoo.

Meet Haiqal. My nephew.
Ramai yang kata muka aku nampak tua. So, *tutup mata*
*Second Raya*
Aku balik Negeri Sembilan kek Seromban tuu haa. Tahu Terminal One Seremban ? Tahu Giant tu ? Kalau tahu, senyap. Kampung aku kat sana lah. Ekeke. Bapak eden dari sano. Mak den dari Perak. Cer imagine bila dua bahasa berloghat itu bertembung ? Pergh. Kalau balik kampong, memang aku melopong ah nak faham depa semua cakap apa. Kedua dua belah keluarga cakap bahasa yang pekat. Saya kan budak kay ell, oh kay ell~~ HAHA. *abaikan*

Warna biruuu. Spec tu besar kan? Orang ingat gua follow the trend. Ciss.
Spec tu ada power kot. Aku nak bawak time degree nanti tau.
*Third Raya*
Third Raya aku beraya di Kay ell. Oh yeahhh. Pergi rumah aunty dan uncle aku kat Kota Damansara, Kat Taman Tun Dr Ismail, dengan kat Petaling Jaya. Raya kat rumah depa sama je lah Cuma duit raya up sikit dari kat kampong especially kat PJ sebab pakcik aku tu kan seorang Datuk. Ehem. Bukan atok tua tu eh. KAHKAHKAH. Anaknya dia baru kahwin sebelum puasa dengan Anak Tan Sri. See ? Mana pandang aku ni. Wawawa. Setakat budak biasa je. Hot pun tak. Sobs sobs.  :'(

Lepas beraya sakan tuu, aku pun pergi KLCC. Yeah. My favourite spot ! Ajak family aku shopping kat iSetan tuu. Jalan punya jalan aku dapat lah minyak wangi baruu. Dolce and Gabbana – Rose The One dengan Marc Jacob Lola!. Suka gila bhai. Oh lupak pulak, malam tu jejalan lah ke Bukit Bintang dengan Times Square. Lepas tu baru singgah hotel untuk zzzzz.

gambar dengan Haiqal lagi. Dia suka gilaaa.I'm a baby lover. ngeh ngeh. :D
*Fourth Raya dan Fifth Raya*
Raya keempat dan kelima aku berjalan mengikut mak dan ayah aku beraya. Pergi lah beraya dekat semua rumah kengkawan mak dan ayah aku kat Klang ni ha, kat Shah Alam, kat Kapar, Meru, Kampung Jawa. Rumah jiran Melayu aku ada 3 bijik jerk. Ciss. Sebab aku punya rumah kiri , depan , belakang cina. T___T raya cina baru masyukk. Haiyaa. aptb =='



*Raya Keenam*
Raya keenam dok umah. Membuto. Kau nak mati ke nak beraya sakan. Rehat lah woi. So, sepanjang hari tuu aku dok umah. Online-ing. Aku tak minat tengok TV . Melainkan cerita yang aku minat jer. Cerita apa yang aku minat ? Vanilla coklat pun aku tak pernah tengok tau. K. Sadis tak ? HAHA.

*Raya Ketujuh*
Oh,ada open house. Open house ? Tak ajak pun ? Cehh, nak bajet bajet sedih pulak engkorang. Bukan rumah aku, rumah jiran tapi aku pulak yang busy untuk mem-busy-kan diri. KAHKAHKAH. Tadi ada banyak makanan nasi minyak, rending ayam, rending daging, kek, kari ayam , koktail, ayam bakar, kambing bakar, sup gearbox. Kau nak aku listkan lagi ke ? Tak payah lah. Tak terlist. Dia guna catering bukan masak sendiri tuu pasal lah banyak sangat makanan =,= Tengah tengah gua syok layan tetamu. Eh? Tetiba. Ye. Tetiba aku TER-nampak ada sorang mamat ni pergh sebijik macam Ramadhan . Siapa pulak Ramadhan ni ? Cari entry aku pasal Friends Forever tu. Dia ni kawan baik aku. Aku terkejut lah sejak bila aku panggil dia mai Klang ni. Naseb baik gua tak Woi dia kalau tak bagi malu sebab bukan dia. Tersalah orang. Hahaha. Pukul 5 baru majlis tu habis dengan jayanya.

Kat dalam kereta (Y)
Raya ni tak banyak gambar. Aku raya memang setiap tahun raya aku tak pernah buat abum Raya kat fecebook tu. Soghie lah tak berkenan kot. Mostly pun banyak muka aku sendiri.Buat apa nak tengok muka aku je kan. Bosan jer.So, tak payah. Harap maklum. K lah cukup untuk hari ni. Kbai. Assalamualaikum.

Wednesday, 15 August 2012

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu


Dalam kehidupan, kita tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita merupakan satu petanda yang dia mencintai kita. Dia tidak ingin kita tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Sumber : Tentang Cinta

Tuesday, 7 August 2012

As Long As You Love Me

Addicted to this new song by Justin Bieber. Btw, i'm NOT a belieber okay. Tapi semua lagu Bieber ada kat dalam handphone gua T____________T





                                                         "As Long As You Love Me"
                                                                  (feat. Big Sean)


As long as you love me [x3]

We're under pressure,
Seven billion people in the world trying to fit in
Keep it together,
Smile on your face even though your heart is frowning
But hey now, you know, girl,
We both know it's a cruel world
But I will take my chances

As long as you love me
We could be starving, we could be homeless, we could be broke
As long as you love me
I'll be your platinum, I'll be your silver, I'll be your gold
As long as you love, love, love, love me (love me)
As long as you love, love, love, love me (love me)

I'll be your soldier,
Fighting every second of the day for your dreams, girl
I'll be your Hova
You can be my Destiny's Child on the scene girl
So don't stress, don't cry, we don't need no wings to fly
Just take my hand

As long as you love me
We could be starving, we could be homeless, we could be broke
As long as you love me
I'll be your platinum, I'll be your silver, I'll be your gold
As long as you love, love, love, love me (love me)
As long as you love, love, love, love me (love me)

[Big Sean]
Yo, B-I-G
I don't know if this makes sense, but you're my hallelujah
Give me a time and place, and I'll rendezvous, and I'll fly you to it,
I'll beat you there
Girl you know I got you
Us, trust...
A couple of things I can't spell without 'U'
Now we are on top of the world, 'cause that's just how we do
Used to tell me, "Sky's the limit", now the sky's our point of view (view)
Man now we stepping out like, "Whoa" (Oh God)
Cameras point and shoot (shoot)
Ask me what's my best side, I stand back and point at you
You, you the one that I argue with, I feel like I need a new girl to be bothered with,
But the grass ain't always greener on the other side,
It's green where you water it
So I know we got issues baby true true true
But I'd rather work on this with you
Than to go ahead and start with someone new
As long as you love me

As long as you love me (Love me yeah yeah yeah)
We could be starving, we could be homeless, we could be broke
As long as you love me
I'll be your platinum, I'll be your silver, I'll be your gold
As long as you love, love, love, love me
As long as you love, love, love, love me
As long as you love, love, love, love me (I'll be your silver, I'll be your gold)
As long as you love, love, love, love me
As long as you love, love, love, love me
As long as you love me


I'll be your platinum, I'll be your silver, I'll be your gold

Saturday, 4 August 2012

Snap Shots

Hai :) Hari ni jalan jalan dekat Jusco Bukit Raja. Kat mana? Kalau korang tahu pergi i-city
of sekos korang tahu g jj tu. Jusco tu boleh juga lah dekat dengan rumah aku. Lepas SPM dulu aku kerja kat KFC Bukit Raja tu lah. Lepas SPM okay. Lepas matrics aku menternak lemak kat rumah. So, jalan punya jalan aku singgah lah kedai jual cd  , MPH , POPULAR. Dan aku snap lah beberapa gambar. Kesemua ni gambar gambar dalam iPong aku tu lah. hewhew.

First and foremost, Full House. Oh, ni cerita korea pertama yang aku tengok. Best lah jugakk. Cuma aku menyampes kat si Rain tu . Nak sangat kat aweks dia tu. Bini ada takmo. Ish. Emo puleks =,=

Full House

Ni, pulak drama paling superb !! My Girl. Yang penting si hero dia handsome gilooo. Lee Dong Wook woii. *melting* HAHAHA. Yang guy satu lagi mak aku pulak minat, yang rambut rebond tu *aku lupa nama dia*.  Pelik taste mak aku ni. Plot cerita dia best. Berjaya juga membuat aku menangis. Sobs sobs.




Untuk cerita melayu aku layan lah cerita Ombak Rindu, Aku, Kau dan Dia, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Sekali Lagi. Aku pun tak tahu apasal aku layan filem bergenrekan cinta =,= hahah. Asalkan layan sudaaa~
TITANIC. Awesome jugak. Manyak siok oh itu muvie. Tapi bila part Jack mati meninggalkan Rose sekali lagi gua menangis. Taiko menagis jugak ke woi? Woi, gua perempuan. Luar kasar. Tapi dalam manyak lembut macam kapas. Umpama kaca gituww.





Novel cinta? Aku tak layan sangat lah. Biasanya aku akan baca awal, tengah dan akhir. Aku tak pernah beli novel sebab bagi aku TERsangat lah membazirkan duit aku kerana aku baca SEKALI jerk. Kan? Aku akan pau kakak aku soh beli .Dia minat benor novel cintan cintun ni. Aku kan tak percaya cinta. HAHAHA.  Novel bawah ni berjaya menggugurkan air mata aku dengan jayanya. menitik air mata aku . wuwuwu. Aku tak tahulah aku boleh jadi setabah watak perempuan dalam novel tu. wallahualam. 



Yang dua ni aku sesaja tangkap. Tak minat pun. Tapi tajuk dia menari perhatian aku. hikhok.
 AWAS, BILA HATI DAH SAYANG dan AWAK SUKA SAYA TAK? Err. SIAPA MAKAN CILI DIA YANG TERASA PEDASNYA KE DAK? KAHKAHKAH.



                                 





Agenda utama yang aku paling nanti nanti kan telah pun tiba. Apa dia? *drum rolling* iatu ACARA BERBUKA PUASA. hoyeh hoyeh. Abang aku punya turn kali ni. Dia nak belanja Kenny Roggers. Gua tak kesah pong. Asalkan makan . Seghonok dapat kakak kakak dan abang yang sangat memahami hobi aku yang suka makan ni. Jelly much? Better dont kalau tak nak gemuks macam aku ni.


                                       

Ini apa pula? Aku pong tak tahu apasal gambar ni boleh tersesat dalam file phone aku. TERmasuk sendiri kot. Muahaha. Aku jadikan lah ia wallpaperz handphone aku. Lalalala~