Monday, 29 February 2016

29 February !!

Ok. Gatal nak buat entri pada tarikh ini.

Tarikh yang hanya datang 4 tahun sekali.

Rasa nak tulis sesuatu tapi tak tahu nak cerita apa. HAHAHAHA.


Hellooo semua! Hari ni 29 Februari 2016!!! Ini adalah entri istimewa sebab hanya akan muncul 4 tahun sekali je k! I macam excited gila K bila 29 February walaupun classmates macam krik krik amende la sangat punya reaction dorang bagi kat I. Hmm. 4 TAHUN SEKALI KOT BARU JUMPA. HAHAHAHAHA. FAHAM TAK PERASAAN TU? #EMOTETIBA. At least I have one more day to spend with you this year k oh tetiba pikapline puleks. ekeke

I nak mengucapkan selamat hari jadi pada sesiapa yang menyambutnya hari ini. Semoga umur you gais 4 kali ganda lebih panjang daripada kami yang lahir di tarikh biasa je ni. ANDA MEMANG RARE! EKEKE

hidup cikjambu pun makin busy nanti ada masa inshaAllah I hapdate la k. Ni pun tengah gigih baca journal and review articles untuk satu project in April. Project bertimbun noks kali ni semoga cikjambu tabah menghadapi dogaan dan ujian amin :>

K bye gais kalau rindu cikjambu boleh jemput singgah Twitter tengok I meroyan setiap hari , takpun whatsapp je la kalau ada number i ekeke. kbye <3

Sunday, 21 February 2016

Jodoh ? Jodoh ada di tangan Allah.

Haaa JODOH? Tahun 2016 ni banyak betul kawan kawan sekolah rendah , sekolah menengah, kawan kawan TGB , kawan kawan KMS (roomate KMS) mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah semoga kalian bahagia bersama dengan pasangan masing masing hingga hujung nyawa!

Dan tak lain tak bukan, soalan yang sama acap kali ditujukan kepada I. Hahahaha. " Bila turn cikjambu?" " Eh, Pija takde calon lagi ke?" Amboui kelas kau jemah soalaannn, jawaapan I *sambil tiup kuku* " Tunggu la encik jodoh hantar rombongan meminang ke rumah, I pun tak tahu siapa jodoh " Gigih naw nak karang ayat bila soalan soalan macam ni ditanya. Almaklumlah, gigih menghadap buku takde masa nak cari jodoh :( #ayatpropajetu(Tu belum lagi pakcik makcik sedara mara uncle aunty AND TAK DILUPAKAN parents sendiri pun dok tanya. Atoto ) 
Jodoh merupakan topik kegemaran untuk setiap orang, baik yang masih single ataupun yang sudah berpasangan, mahupun yang sudah berkahwin. Dan topik ini juga digemari di semua peringkat umur dan kategori - dari budak berhingus, budak sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej, pakcik, makcik dan lain lain lah.
Nak cari jodoh ni bagi I bukan lah semudah mencari ikan kat pasar, membeli sayur sayuran di Tesco tu haaa. Semua orang mahu jodoh yang terbaik buat diri mereka. Fahamkah mereka semua apa yang dikatakan terbaik?
Terbaik itu bermaksud baik untuk dunia dan akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat. Yang mengingatkan tentang Allah dan saling berpesan dengan kebenaran untuk menegakkan agama Allah. Jadi kalau berpegang tangan, keluar tengok wayang, merewang-rewang sampai jauh-jauh malam, apa yang baiknya?
Tapi dalam mencari jodoh yang terbaik, I selalu ingatkan diri sendiri supaya menjadi seseorang yang baik. Baik di sini bukanlah baik di mata manusia semata-mata, tetapi baik di sisi Tuhan. Apabila kita baik dengan Tuhan, maka barulah secara sendirinya kita akan jadi baik di mata orang lain.
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
 (Surah An-Nur ayat 26)
Jika sudah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka I tak pernah ragu akan janji itu. Selagi kita berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka I percaya Allah akan mengurniakan jodoh yang baik juga buat diriku. InshaAllah.