Thursday, 13 September 2012

My Life My Stories

Peeps ! It's been a very long time since i updated this blog of mine. So, as you can see, this post mainly about my university. Yeap ! :) Finally Cik Jambu is back !! *drum rolling* HAHA. K. Just for a short while only. Haiyah. It's a whole new chapter in my life. Kinda proud actually. Felt very blessed too. Thank God for giving me this wonderful chance to study in this wonderful university.

Tonight i do have some time to post this new entry. Muahaha. My schedule is fully pack with lectures, tutorials and practicals. Frankly speaking i do ENJOY my university life eventhough i'm mentally and physically exhausted. Anyway it based on you. Yes. You, yourself. You should have positive thinking and everything will going on smoothly. May Allah bless everything. So, how about yours? Awesome is it ?  Hewhewhew :D

Eh, apasal kau bajet bajet nak speaking London ni? Amboi. Kemain. HAHAHAHA. Tak baik tau. Bukan apa kat sini everyday speaking omputih . Practice makes perfect right ? First of all, kita cerita pasal hostel. Nak tahu tak ? BILIK AKU TINGKAT 5 KOT. DAN AKU KENA DAKI TANGGA SETIAP HARI. Lif takde ke? Sebab bilik aku paling atas sekali. Paling atas okay. aku tak sedih. Happy gila kot. Kalau nak amik water cooler kena turun bawah sekali. Nampak tak permainannya di situ ? doa aku untuk slim pada waktu degree termakbul. Alhamdulillah. bilik 2 orang. jangan jealous okayyy. HIHI.

Masa orientasi dia bahagi kepada beberapa group lah. Group aku ada 8 orang. Sempoi semuanya. Sorang tu sebijik macam Raziana Shahira budak sekolah BK dulu. Sorang lelaki tu sebijik macam Nalep klasmate kat TGB. aku mula mula terlopong tengok dorang berdua. Orientasi standard ah 5 hari. Tapi aku suka gila SEBAB ... SEBAB FASILITATOR AKU COMELL. HAHA. The imported facilitator is so cute and adorable with his slang when he speaks in English. Jealous kali kedua tak? HAHAHA. 

Setiap aktiviti dia best. First day ice breaking semua lebat bersembang sampai lupa tanya pasal nama. Ada hari tu buat aktiviti luar uni. Memang havoc gila. Bukan satu group je yang rapat tapi the whole batch. Yang tak kenal jadi kenal. Yang kenal sikit sikit dah jadi rapat. Oh, sebelum terlupa kat sini aku introduce as Fizah. Takda nickname lagi setakat ni. BAGUS. Aku rindu bebudak panggil nama betul aku. Then, ada juga buat persembahan . Group aku buat lakonan. Pergh. Tajuk pasal cintan cintun. Wuuu. Aku jadi apa ? Heroin ke?  Tak lah. aku dubbing heroine jerk. Ekeke. Segan gila aku nak berlakon atas pentas. Dok belakang tukang alih suara watak perempuan . Watak dia seorang PEREMPUAN GEDIK. Aku terpaksa eluarkan suara tahap maksima girly. Nak bagi orang annoying. Ngeh ngeh . Tapi last sekali waktu kenal kan para pelakon baru dorang tahu itu kau. DAH LAH PAKAI BAJU KUNING DARI ATAS SAMPAI BAWAH. Memang obvious gila. Malu i. Hikhik.

Tiba pula masa senior datang . Fulamak. Budak third year, second year. Memang cuak jugaks. Takut dorang ni buli ke. Redha je lah. Muncullah Presiden dia. Acaner? Handsome tak?  Jujurnya muka tu boleh than lah. Handsome , jambu pun ada. Seorang lelaki Melayu yang market . Jealous kali ketiga kan?  Cehh. Tapi malangnya hari tu aku demam. Pergh. Sedih gila. Jumpa akak penghuluwati. Aku kena asing. Tunggu punya tunggu. PRESIDEN datang. KAHKAHKAH. dia datang - 'How are you ? Okay ? Whats your name?' . Dia tanya aku jawab je lah. Pastu dia kata look into my eyes. Gua tengok ah dia . Dia nak check simptom simptom yang aku ada ler. Mata berair, pening kepala dan muntah muntah. Dipendekkan cerita aku dapat balik. Tapi bebudak sama batch semua tengok apasal aku follow dia ke hulu ke hilir. Saya demam. Naseb baik ada abang presiden seorang yang prihatin. Oops. Hewhewhew

Biasa lah senior-junior. Relationship kena lah baik. Tapi semua tahu tujuan asal kita. KITA HENDAK BELAJAR KERANA ALLAH SWT. Jangan nak pikir benda lain. Nak cintan cintun sana sini. Ish ish ish, Tak baik tau~~ Kalau bawak positive effect takpalah jugak. Boleh dipertimbangkan. Eh? HAHA. Tapi bahaya. Nanti kalau part negative effect payah. Kena extend bagai. Leceh kot. Jangan risau . ADA JODOH TAK KEMANA. Amin. 

Kat sini semua budak pandai pandai. Rasa tergugat jugak lah. Under scholarships masing masing. Kena belajar kuat. Mode of studying kena buat groupng. Study group kan memang effective. Outfit pulak? Kat sini aku meneruskan tradisi matriks. Pakai baju kurung. Jubah pun ada. Kan tak kisah kau nak pakai slacks ke skirts kembang ke what-so-ever. Tapi aku tak pernah ah pakai merepek bagai tu. Baju kurung + tudung bawal labuh melepasi dada + kasut hitam. Pashmina ? Tak pakai dah kat sini. Kang menonjol gila pulak. People do change right ? Sama sama kita berubah ke arah kebaikan.

Banyak lagi nak diceritakan, dikongsikan bersama. Tapi masa amat mencemburui kita. Cehh. Too many things to be shared. Buat sementara ni semua berjalan dengan lanjar. Semua baik baik dan manis manis belaka. Semoga anda semua juga berjaya dalam bidang masing masing di universiti pilihan anda. Banyakkan berdoa kepada Allah semoga dipermudahan segala urusan. Amin amin.

I think that's all for now. Will update more in the future. Stay tuned. :) Assalamualaikum semua.

Saturday, 8 September 2012

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Cakap Pada Lelaki


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair.
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. <-- saya bukan begini. HAHA
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri.
18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata.
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sumber : My Berita

Cute Love Stories